KUALA LUMPUR: Benarkah Bergson da Silva bakal dilepaskan Johor Darul Ta’zim (JDT)?
Ura-ura itu timbul selepas media Brazil melaporkan sebuah kelab utama negara itu, Sport Club do Recife berminat memancing penyerang prolifik itu.
“Bintang JDT, Bergson dikatakan sedang dipantau oleh Sport Club do Recife. Kelab dari Brazil itu berminat dengan penyerang berbisa berusia 34 tahun yang sudah menjaringkan 150 gol dalam empat tahun menyarung jersi JDT.
“Sport Club do Recife ketika ini bersaing di liga utama Brazil, pernah sekali memenangi Serie A Brazil pada 1987 dan Copa do Brasil pada 2008,” kata laporan media Brazil itu.
Pada masa sama, media sosial JDT seolah memberi bayangan kemungkinan Bergson bakal meninggalkan Harimau Selatan apabila menayangkan video pemain kelahiran Brazil itu bersama penyokong JDT.
“Bergson meluangkan masa bersama ‘Boys of Straits’ selepas melengkapkan gol ke-100nya dan menutupnya dengan gerakan kegemaran semua orang!,” kata kenyataan di Johor Southend Tigers (JST).
Susulan itu, pelbagai komen ditinggalkan penyokong JDT.
“Aih dah ‘start’ kenangan ini ‘confirm’ pindah ke”, tulis Mohammad Hazrul.
“Kalau JDT ditawarkan yuran perpindahan yang tinggi aku rasa JDT akan jual Bergson ini. Sebab JDT kelab yang berniaga,” kata Noor Nizam.
sumber:- BH
Begitupun, skuad Harimau Selatan masih belum mengeluarkan apa-apa kenyataan berhubung perkara itu.