KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menegaskan bahawa kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah menjadi perkara paling utama dalam sukan terutama bola sepak.
Tunku Mahkota Ismail menjelaskan, kerjaya dalam menguruskan pasukan atau sukan memerlukan perjalanan yang seiring antara kejayaan dan keuntungan atau kewangan.
Baginda berkata, dalam industri pertandingan sukan terutama bola sepak, sehebat mana pun seseorang individu itu, ia tidak akan bermakna sekiranya berada di tempat yang salah.
“Kerana ia (sukan) adalah mengenai kemenangan, pencapaian dan mencipta sejarah. Dalam kerjaya ini, kejayaan dan keuntungan/kewangan anda perlu berjalan seiring.
“Jika tidak, anda hanyalah sekadar salah seorang lagi pemain. Salah seorang daripada yang ramai lagi. Ia adalah dunia yang kejam. Apabila masa anda berakhir, tiada siapa yang akan mengingati anda kerana orang hanya mengingati juara atau pemenang.
“Senjata anda adalah pengetahuan anda dan kebijaksanaan membuat keputusan. Kehidupan/kerjaya anda adalah berdasarkan keputusan-keputusan yang anda buat. Gunakannya dengan bijak.
sumber:-BH
“Kerana pada penghujungnya, orang yang kononnya menganggap mereka tahu apa yang terbaik untuk anda, tidak akan berada dengan anda ketika anda menderita. Andalah yang menjaga diri anda sendiri dan itulah kenyataan yang menyedihkan,” kata Baginda di laman Instagram.