sukan

Messi mencipta rekod baru Copa America

ATLANTA: Bintang Argentina, Lionel Messi menjadi pemain paling banyak membuat penampilan dalam sejarah Copa America apabila tampil buat kali ke-35 dalam perlawanan pembukaan kejohanan itu menentang Kanada, hari ini.

Pemain berusia 36 tahun itu berkongsi rekod dengan penjaga gol Chile, Sergio Livingstone (34 penampilan) ketika beraksi dalam final Copa America 2021 di Brazil yang mana Argentina memenangi perlawanan itu.

Messi sudah beraksi dalam tujuh edisi Copa America, bermula dengan kejohanan 2007 di Venezuela.

Pemenang Ballon d’Or lapan kali itu boleh mencipta lebih banyak rekod dalam pertandingan tahun ini dengan dia memerlukan empat gol untuk menyamai pencapaian rakan senegara, Norberto Mendez dan Zizinho dari Brazil sebagai penjaring sepanjang zaman Copa America dengan 17 gol.

sumber:-BH

Sekiranya Argentina memenangi kejohanan itu, Messi juga akan menjadi kapten pertama yang mrangkul kejuaraan berturut-turut. – AFP