KUANTAN: Aksi Liga Super antara Sri Pahang FC dan Kuching City yang ditunda sebelum ini kini akan diadakan pada 4 Mac depan.
Perlawanan itu ditunda pada 2 November lalu berikutan hujan lebat dan air bertakung di padang Stadium Majlis Perbandaran Temerloh.
Ketika itu, skuad pelawat kendalian Aidil Sharin Sahak mendahului tuan rumah 1-0 hasil jaringan pemain import, Yuki Tanigawa pada minit ke-14.
Liga Bolasepak Malaysia (MFL) dalam satu kenyataan memaklumkan pindaan tarikh baharu itu dipersetujui kedua-dua pasukan dan perlawanan akan bermula jam 10 malam.
“Waktu sepak mula pada jam 10 malam, 4 Mac depan berbanding jam 5.15 petang pada 2 November lalu,” menurut kenyataan itu.
sumber:-BH
Sebelum ini, penonton perlawanan di Temerloh itu diminta menyimpan keratan tiket bagi membolehkan mereka hadir semula menyaksikan pertemuan itu.