JOHOR BAHRU: Pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor mengidam untuk kembali menyarung jersi Harimau Malaya tahun ini.
Kali terakhir dipanggil oleh jurulatih kebangsaan Kim Pan Gon pada 2022, bintang tengah Harimau Selatan itu berharap dia mendapat tempat dalam skuad berdepan Kyrgyzstan pada kelayakan Piala Dunia 2026-Piala Asia 2027, 6 Jun ini.
“Bagi saya, jika diberi peluang beraksi, saya akan kekalkan momentum dan saya masih berminat serta sedia untuk kembali menyarung jersi kebangsaan namun semuanya terpulang kepada jurulatih,” jelasnya.
Apa pun, semuanya bergantung kepada perancangan Pan Gon ketika beliau tampak dalam dilema selepas kehilangan Faisal Halim dan kemungkinan Arif Aiman Hanapi yang mengalami kecederaan.
Mengulas mengenai penampilan pertama dalam kesebelasan utama menentang Negeri Sembilan FC yang menyaksikan JDT menang 3-1, Nazmi mengakui dia agak gementar apabila turun beraksi dalam perlawanan pertama Liga Super.
“Tapi Alhamdullilah selepas beraksi dalam tempoh 10 minit, saya mula dapat menyesuaikan diri dan momentum dan berpuas hati dengan apa yang disumbangkan dalam perlawanan itu malah rakan sepasukan juga banyak membantu.
“Saya selesa beraksi di samping Juan Muniz dan Heberty Fernandes kerana mereka pemain berkualiti dan kami faham permainan antara sama lain.
sumber:-BH
“Saya juga cuba perbaiki keserasian dengan Jalil Elias kerana ini kali pertama saya bermain dengannya dalam perlawanan kompetitif,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.