sukan

Negeri Sembilan bakal dapat ketua jurulatih baru?

Ketua jurulatih Negeri Sembilan, Azzmi Abdul Aziz, dikhabarkan tidak akan bersama pasukan menjelang saingan Liga Super 2024/2025 minggu kelapan berdepan Kedah Darul Aman (KDA), Sabtu ini.

Mengikut wartawan Astro Arena, Fadhirul Shuhaimi, tempat kosong yang ditinggalkan Azzmi itu bakal digantikan oleh penolong jurulatih, K. Nanthakumar.

sumber:-SA

Skuad Jang bakal berkunjung ke Stadium Darulaman dengan misi tiga mata untuk kembali mendapatkan rentak kemenangan selepas hanya meraih satu kemenangan dan enam kekalahan dalam tujuh perlawanan secara keseluruhannya.