RIYADH: Gaya hidup mewah Neymar bakal terjejas susulan kontraknya bersama Al-Hilal mungkin akan ditamatkan akibat kecederaan berpanjangan.
Bintang Brazil itu menerima gaji 138 juta pound (RM783.2 juta) setahun di Arab Saudi.
Bekas bintang Barcelona dan Paris Saint-Germain itu hanya beraksi tujuh kali dalam tempoh 15 bulan kerana kecederaan lutut.
Tempoh rehat akibat kecederaan digunakan sebaik-baiknya oleh Neymar untuk menikmati gaya hidup mewah hasil gaji lumayan di Arab Saudi.
Neymar juga dalam proses membeli pulau bernilai 7 juta pound (RM39.7 juta) di Brazil.
sumber:-BH
Dia juga tidak melepaskan peluang bergaul mesra dengan selebriti-selebriti dalam acara-acara sukan utama di Arab Saudi. – AGENSI