SANTOS 2 ATLETICO-MG 0
Karier Neymar dibelenggu satu lagi episod kecederaan apabila dia terpaksa meninggalkan padang dalam perlawanan Piala Brazil membabitkan Santos dan Atletico-MG, pagi tadi.
Dalam kemenangan 2-0 itu, Neymar terpaksa digantikan selepas hanya 34 minit akibat kecederaan paha kiri — masalah serupa yang menyekatnya daripada melaporkan diri untuk perlawanan kelayakan Piala Dunia menentang Colombia dan Argentina bulan lalu.
Dia mula menunjukkan tanda-tanda ketidakselesaan di paha kirinya yang menyaksikan terpaksa diketepikan enam minggu sebelum ini.
Pemain berusia 33 tahun itu baru sembuh untuk muncul sebagai pemain gantian ketika menghadapi Fluminense , hujung minggu lalu.
Dan sebaik Santos melebarkan kedudukan dengan gol kedua, penyerang itu pantas memberi isyarat ke arah bangku simpanan dan meminta digantikan.
Dia kemudian rebah di atas padang dan memerlukan bantuan ketika dikeluarkan.
sumber:- stadium astro
Neymar yang kelihatan beremosi ditenangkan oleh rakan sepasukan dan pemain lawan, termasuk bekas rakan sepasukan Brazil, Hulk. Sebaik sahaja di bangku simpanan, dia segera diberikan rawatan dengan pek ais ditekap ke atas pahanya.