sukan

Norhafiz Zamani Misbah kembali ke pangkuan Negeri Sembilan

Musim terbaru Piala Presiden 2025 kembali mewarnai kancah saingan liga akar umbi negara di bawah kelolaan Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM).

Perlawanan pembukaan menyaksikan Johor Darul Ta’zim (JDT) III berjaya memperoleh kemenangan pertama berdepan Selangor bawah 20 tahun (B20) di Pasir Gudang, minggu lalu.

Menerusi pembangunan yang ditekankan sebelum ini, Negeri Sembilan menyambar bekas pemain pasukan itu bagi memperkuat skuad muda mengharungi cabaran, sekali gus diberi peranan menggilap bakat baru musim ini.

Berikut merupakan senarai penuh skuad #JangMudo B-20 yang akan mewakili NSFC dalam saingan Piala Presiden musim 2025.

Norhafiz Zamani Misbah dilantik selaku ketua jurulatih Hoben Jang Hoben B20 menandakan kepulangannya di Tanah Adat dengan tujuan memacu kemaraan dalam saingan tersebut.

sumber:- stadium astro

Bekas pertahanan Harimau Malaya itu akan bergandingan dengan satu nama yang terkemuka sekitar 2009-2012 iaitu, Shahurain Abu Samah, demi melahirkan permata berharga Negeri Sembilan.