sukan

NSFC tekad tamat badi kekalahan bertemu KDA FC

SEREMBAN: Barisan pemain Negeri Sembilan FC (NSFC) berhasrat untuk segera menamatkan aksi kurang baik dengan memastikan kemenangan dicapai pada pertembungan dengan Kedah Darul Aman (KDA) FC di Stadium Tuanku Abdul Rahman, Paroi, Rabu ini.

Selepas mengalami dua kekalahan berturut-turut dalam perlawanan terakhir iaitu ketika menentang Sabah FC dan Terengganu FC, skuad Hobin Jang Hobin bertekad mahu menggunakan peluang beraksi di laman sendiri kali ini, dengan sebaik mungkin bagi mendapatkan tiga mata.

Pertahanan kanan NSFC, Che Rashid Che Halim akui betapa pasukannya tidak boleh lagi mensia-siakan peluang ketika saingan liga sudah semakin menghampiri penghujungnya.

Dia melahirkan keyakinan bahawa keputusan positif boleh dicapai jika semua pemain dapat melaksanakan tugasan dengan baik seperti mana strategi dirancang jurulatih.

“Saya dan rakan sepasukan akan berusaha memastikan kelebihan beraksi di laman sendiri kali ini tidak dipersia-siakan bagi mendapatkan kemenangan.

“Tumpuan kami hanya untuk berikan aksi terbaik dan mendapatkan mata buat pasukan. Kami tidak boleh mengambil mudah cabaran Kedah walau apa pun situasi yang melanda pasukan itu ketika ini.

sumber:-BH

“Fokus sepenuhnya perlu diberikan kepada usaha mendapatkan kemenangan untuk membantu pasukan menambah mata dan seterusnya memperbaiki kedudukan dalam carta sebelum liga musim ini berakhir,” katanya hari ini.