Petarung muda negara, Adam Rakib, mempamerkan semangat juang tinggi dengan bertarung dan berjuang sehingga ke titik terakhir sebelum tewas kepada petarung dari Perancis, Nahyan Mohammed, dalam ONE Friday Fights 116, di Stadium Lumpinee, Bangkok, malam tadi.
Dalam pertarungan kategori 112 LBS muay thai itu menyaksikan Adam turun sekali lagi membuat perhitungan berdepan lawan sama selepas mencipta kemenangan dalam penampilan sulungnya di pentas itu sebelum ini.
Adam agresif menyerang dalam awal pusingan pertama sebelum Nahyan mendominasi pada penghujung babak pertama pertama, namun babak kedua tidak memihak Adam yang sudah bermandi darah selepas kerap kali menerima serangan.
Adam bertahan dalam dua pusingan dan terpaksa akur tewas secara Technical Knockout (TKO).
sumber:- stadium astro
Teruskan berjuang Adam Rakib!