sukan

ONE Championship: Aliff Rakib ingin menang KO demi bonus

Atlet muay thai negara, Aliff Rakib, dalam kondisi terbaik untuk menghadapi petarung Maghribi, Elmehdi El Jamari, menjelang ONE Fight Night 32, di Stadium Lumpinee, Bangkok Thailand, Sabtu ini.

Dia yang berusia 21 tahun itu menyifatkan keyakinannya berada di tahap tertinggi dengan melakukan persiapan secukupnya dalam kategori strawweight.

Ini ditambah dengan rekod baik Aliff dalam menumbangkan abang kepada Elmehdi, iaitu Zakaria El Jamari, dengan keputusan knock out (KO) pada Ogos 2024.

“Pertembungan fizikal kerana saya lebih tinggi daripada pihak lawan.

sumber:- stadium astro

“Sasaran saya mahu mendapatkan KO untuk merebut bonus yang ditawarkan,” katanya di Nadi Arena.