KUALA LUMPUR: Pemangku Sultan Johor, Tunku Mahkota Ismail menganggap bola sepak negara sentiasa berdepan masalah kerana individu yang berada dalam industri bola sepak tidak berfungsi untuk menjalankan tugas dengan baik.
Tunku Ismail berkata demikian menerusi ciapan beliau di platform X apabila menjawab ciapan Onefootball.my yang mendakwa beberapa individu mendapat jawatan dalam Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) apabila lepas tangan dalam pasukan yang bermasalah.
“Tetapi yang mengundi adalah affiliates/ahli gabungan. Pasukan pasukan dan persatuan juga. Itu pasal bola sepak Malaysia bermasalah. Orang yang ada dalam industry bola sepak yang tak berfungsi.
“No vision, commitment, knowledge and passion. Contoh, Eric Thohir ada duit, knowledge, international contacts, dan passion.
“Itu pasal bola sepak Indonesia improve dalam project infrastruktur bola, liga dan pasukan national team mereka,” kata Tunku Mahkota Ismail.
Dalam ciapan berkaitan, Tunku Mahkota Ismail turut menyatakan kehairanan dengan pengurusan beberapa pasukan yang bergelut dengan masalah gaji tetapi menyalahkan pihak lain atas kegagalan terbabit.
Justeru, Tunku Mahkota Ismail menggesa pengurusan yang berdepan masalah kewangan dapat berbelanja mengikut kemampuan diri sendiri bagi mengelak daripada berdepan situasi itu.
“Sampai ke hari ini saya masih tak faham macam mana ada individu-individu mengurus pasukan belanja lebih dari budget lepastu tak bayar gaji pemain, salahkan badan induk, Liga, bolasepak tanah air secara keseluruhan.
sumber:-BH
“Sedangkan diri sendiri yang salah urus dan belanja lebih dari budget. Contoh complain gaji players terlampau tinggi, yang kau bayar kenapa? Pergi negotiate. Itupun nak kena ajar,” kata beliau.