sukan

Pahang FC tekat kembali fokus dalam saingan Liga Super

KUANTAN: Penjaga gol Sri Pahang FC, Zarif Irfan Hashimuddin mengakui cabaran getir bakal dihadapi skuad itu apabila berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi Liga Super di Stadium Sultan Ibrahim, Sabtu ini.

Pada masa sama, pemain berusia 29 tahun itu, berkata skuad Tok Gajah bertandang ke tempat lawan yang dilihat memiliki lebih kelebihan dan berada pada prestasi lebih baik.

“Sejujurnya harapan saya ialah nak menang tapi kita tahu siapa JDT dan mereka beraksi di halaman sendiri. Namun, saya dan rakan sepasukan akan melakukan yang terbaik pada perlawanan Sabtu ini.

“Apa yang pasti kami akan berusaha untuk memberikan tentangan kepada skuad Harimau Selatan biarpun tuan rumah dilihat memiliki banyak kelebihan.

“Tapi dengan komitmen dan percaturan ketua jurulatih (Fandi Ahmad), kami akan memberikan segalanya sepanjang tempoh 90 minit perlawanan,” katanya.

Mengulas kegagalan layak ke suku akhir Piala FA selepas tewas di tangan Penang FC, Zarif Irfan mengakui perlu melupakanya dan kembali fokus dalam saingan Liga Super.

Katanya, segala kekurangan yang dipersembahkan akan diperbaiki untuk memastikan berdepan JDT, Sri Pahang mampu memberikan tentangan.

sumber:-BH

“Saya harap prestasi terbaik dapat dipersembahkan dan kembali bangkit untuk pencapaian lebih baik selepas gagal melangkah lebih jauh dalam saingan Piala FA,” katanya.