sukan

Pak Long sedia kongsi pengalaman

ALOR SETAR: Legenda Kedah ketika era ‘double treble’, Ahmad Fauzi Saari yang dilantik sebagai penyelaras pasukan Sang Kenari musim 2024/2025 bertekad mencurahkan sepenuh pengalamannya.

Beliau yang dikenali sebagai Pak Long dalam kalangan penyokong Hijau Kuning berkata, pengalamannya sepanjang 15 tahun dalam kancah bola sepak adalah aset terbaik dalam menjalankan amanah dan tanggungjawab terbaru itu.

“Saya berharap semua pengalaman dan kejayaan bersama Kedah sepanjang 15 tahun itu dapat saya kongsi dengan pemain.

“Namun, apa yang lebih penting misi saya adalah selari dengan hala tuju serta perancangan dibuat ketua jurulatih, Nafuzi Zain bagi memastikan pasukan lebih mantap berbanding musim lalu,” katanya.