KUALA LUMPUR: Ketua jurulatih skuad kebangsaan, Kim Pan Gon hanya melakukan satu perubahan dalam senarai kesebelasan utama berdepan Taiwan, malam ini berbanding ketika menentang Kyrgyzstan, Khamis lalu.
Bagi aksi terakhir Kumpulan D kelayakan Piala Dunia 2026/Piala Asia 2027 itu, Pan Gon mempertaruhkan pemain sayap, Safawi Rasid dan meletakkan pemain tengah, Stuart Wilkin di bangku simpanan.
Tindakan itu dilihat usaha Pan Gon untuk memperkuatkan jentera serangan ketika Harimau Malaya memerlukan kemenangan besar ke atas Taiwan di Stadium Nasional, Bukit Jalil untuk membuka peluang ke pusingan ketiga kelayakan Piala Dunia 2026.
Selain itu, Pan Gon mengekalkan Azri Ghani di posisi penjaga gol dengan benteng pertahanan dibarisi Matthew Davies, Dominic Tan, Safwan Mazlan dan La’Vere Corbin Ong.
sumber:-BH
Bahagian tengah pula kali ini diisi Nooa Laine dan Endrick Dos Santos manakala Paulo Josue, Akhyar Rashid dan Dion Cools memainkan peranan di bahagian serangan.