sukan

Paris 2024: Lee Zii Jia tepati ramalan

Pemain perseorangan nombor satu negara, Lee Zii Jia cemerlang mendominasi lawan dari Sri Lanka iaitu Viren Nettasinghe dalam aksi pertama kumpulan G yang berlangsung di Arena Porte de La Chapelle.

Pemain ketujuh dunia itu berjaya melakar kemenangan mudah ke atas pemain yang berada di kedudukan ke-70 dunia itu 21-14, 21–12 dalam tempoh 35 minit.

sumber:-SA

Selepas ini, Lee Zii Jia akan turun semula pada 31 Julai bagi menerima cabaran dari pemain Sepanyol, Pablo Abian bagi melengkapkan jadual dalam misi melayakkan diri ke pusingan seterusnya.