Penerjun negara, Nur Dhabitah Sabri, berjaya melayakkan diri ke peringkat separuh akhir acara 3 meter papan anjal di Aquatic Centra, sebentar tadi.
Dia menamatkan terjunan di kedudukan ke-12 selepas mengumpul 283.56 mata secara keseluruhan dan akan bersaing dalam peringkat separuh akhir esok.
sumber:-SA
Dalam pada itu, wakil dari China, Chen Yiwen mendahului senarai tempat tempat dengan 356.40 mata diikuti penerjun dari Australia Keeney Maddison dan Vazquez Montano Aranza di tempat ketiga.