sukan

Pasukan pilihan utama diikat Harimau Siswa

KUALA LUMPUR: Pasukan Universiti Malaysia (UM) mengikat pasukan pilihan, Korea Selatan 0-0 dalam aksi terakhir Kumpulan A Kejohanan Bolasepak Universiti Asia (AUFT) 2024, hari ini.

Satu mata yang diraih di Arena Sukan Azman Hashim Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) itu bagaimanapun belum cukup untuk skuad Harimau Siswa mencabar gelaran juara kumpulan.

Sebaliknya, ia menjadi mata yang mengesahkan juara kumpulan milik Korea Selatan dan akan beraksi di final menentang juara Kumpulan B, Jepun.

Malaysia terpaksa berpuas hati dengan kedudukan ketiga kumpulan selepas naib juara menjadi milik Oman yang menewaskan Filipina 2-1.

Harimau Siswa akan menentang pasukan tangga ketiga Kumpulan B, Vietnam dalam penentuan tempat kelima dan keenam manakala Oman akan berdepan Taiwan dalam aksi perebutan tempat ketiga dan keempat.

Ketua jurulatih UM, Ridzuan Abu Shah menyifatkan keputusan seri menentang Korea Selatan sebagai keputusan yang baik buat pasukannya meskipun tidak berjaya merealisasikan misi wajib menang.

“Kami melakukan perubahan pemain dan pemain juga menunjukkan disiplin yang yang tinggi. Kita tidak pernah seri dengan Korea Selatan dalam edisi sebelum ini.

sumber:-BH

“Kami dapat beberapa peluang, sepatutnya mereka boleh sudahkan dengan jaringan. Namun, tidak mengapa, sekurang-kurangnya kita dapat satu mata,” katanya.