sukan

Pau Marti panggil enam pemain baharu

KUALA LUMPUR: Pengendali skuad Harimau Malaya, Pau Marti Vicente memanggil enam pemain baharu bagi menyertai kem latihan pusat sebagai persiapan menentang India dan Laos pada jendela Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA), bulan ini.

Enam pemain baharu itu antaranya adalah penjaga gol, Haziq Nadzli (Perak FC), Ubaidullah Shamsul Fazili (Terengganu FC), Mukhairi Ajmal Mahadi (Selangor FC) serta penyerang naturalisasi, Sergio Aguero (Sri Pahang FC).

Vicente turut memanggil pemain tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Natxo Insa dan juga kapten, Dion Cools (Buriram United).

Secara keseluruhan, Vicente mengekalkan seramai 20 daripada 26 pemain daripada skuad yang dibawa ke Auckland, New Zealand bagi kem latihan pusat pada Oktober lalu.

Pada jendela FIFA bulan lalu, skuad kebangsaan terikat 1-1 dengan kelab New Zealand, Auckland FC sebelum dibelasah New Zealand 0-4.

Skuad kebangsaan akan berlatih selama dua hari di Wisma Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM), Kelana Jaya pada Ahad dan Isnin ini, 10 dan 11 November sebelum berlepas ke Bangkok pada 12 November.

sumber:-BH

Selepas aksi bertemu Laos di Stadium PAT, Bangkok pada 14 November, skuad negara akan terus terbang dari Bangkok ke Hyderabad untuk perlawanan menentang India di Stadium Gachibowli, 18 November ini.