sukan

PDRM FC tekad bangkit

GEORGETOWN: PDRM FC bertekad mahu menebus kekecewaan selepas tewas pada aksi Liga Super menentang Penang FC dengan keputusan 2-0 di Stadium Bandaraya, malam tadi.

Ketua jurulatihnya, P Maniam berkata, anak buahnya sudah membuat persediaan dengan begitu baik untuk memburu kemenangan namun nasib tidak menyebelahi pasukan apabila dilayangkan kad merah seawal minit kelapan.

“Malangnya akibat kad merah itulah sebabnya kami kehilangan mata, dengan hanya 10 pemain, ia menjadi sukar dan pihak lawan menghukum kita terutama pada separuh masa pertama.

“Pada masa kedua kami dibolosi terlalu awal (m55) dan sekitar 15 minit terakhir permainan, kami menjadi kurang baik jadi kami perlu bangkit semula selepas kekalahan ini,” katanya kepada pemberita selepas perlawanan itu.

Namun, jurulatih berusia 56 tahun berpendapat ‘The Cops’ tetap memberi tentangan hebat kepada tuan rumah mengikut kemampuan mereka meskipun beraksi tempang hampir sepanjang masa perlawanan berlangsung.

Justeru, bekas penyerang Selangor itu mahu pasukannya menang pada perlawanan suku akhir Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menentang Melaka FC yang kini berada dalam Liga A1 Semi Pro, Selasa ini.

“Kita akan bermain di tempat sendiri, saya rasa kita harus menang kerana mereka bermain dalam Liga M3, kita Liga Super namun pada masa yang sama saya percaya tekanan itu nanti tetap ada.

sumber:-BH

“Ini kerana Melaka juga ada pemain yang import bagus dengan jurulatih K Devan mengendalikan pasukan jadi ini bukan mudah tetapi kami perlu fokus kepada gaya permainan kami sendiri,” katanya.