sukan

PDRM perlu lebih berhati-hati

SEREMBAN: Selepas menang dan seri sekali dalam tiga aksi Liga Super, Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC bermotivasi tinggi untuk memulakan cabaran dalam kempen Piala FA musim ini.

Berdepan Universiti Malaysia pada aksi pertama di Stadium Majlis Perbandaran Selayang malam esok, skuad berkenaan sudah bersedia untuk melakar kemenangan.

Ketua jurulatih P Maniam berkata pasukannya sudah bersedia tetapi mengakui mereka perlu berwaspada meskipun menentang kelab dari Liga M3.

“Universiti Malaysia satu pasukan yang berpengalaman kerana mereka sudah bersaing dalam saingan Liga M3 selama tiga tahun.

“Justeru, pemain PDRM tidak boleh ambil mudah sebaliknya perlu berwaspada dengan ancaman pasukan berpengalaman itu.

“Bagi saya, bukan senang untuk memenangi sesuatu perlawanan dan layak ke peringkat selanjutnya walaupun kami akan menentang pasukan Liga M3.

sumber:-BH

“Untuk itu, pemain PDRM perlu kekalkan fokus dan beraksi pada tahap yang maksimum bagi memenangi perlawanan itu nanti,” kata Maniam ketika dihubungi.