Seremban: Polis Diraja Malaysia (PDRM) FC, akui reputasi besar dimiliki Selangor FC, namun skuad itu sudah bersedia untuk merintis kemungkinan dengan tekad untuk mempertahankan Piala Cabaran Liga Bolasepak Malaysia (MFL) musim ini.
Kedua-dua pasukan bakal membuat perhitungan pada perlawanan akhir pertama trofi itu dan gelaran ‘Raja Lembah Klang’ di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ), malam esok.
Kini, skuad PDRM sudah bersedia untuk berdepan Selangor, yang tampil dengan hasrat merangkul kejuaraan pertama selepas pasukan itu tersingkir di pertengahan jalan saingan Piala Malaysia.
Selepas mengharungi perjalanan getir di peringkat separuh akhir untuk menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC, jurulatih PDRM, P Maniam, jelas mengharapkan pemain pasukan itu dapat meneruskan semangat tinggi itu dengan menterjemahkan keputusan yang positif.
Katanya, semangat juang tinggi tanpa erti putus asa yang di tunjukkan pada aksi separuh akhir perlu diteruskan ketika menentang skuad Gergasi Merah, esok.
“Saya mengharapkan pemain dapat kekalkan momentum baik dalam persembahan seperti di tunjukkan ketika menewaskan Kedah tempohari.
sumber:-HM
“Kita akui Selangor ada kelebihan dari segi barisan pemain terutama pemain import, saya mengharapkan ia tidak membuatkan pemain PDRM terganggu dan hilang rentak,” katanya.