BEREGU wanita utama negara, Pearly Tan-M Thinaah melebarkan kemarau kejuaraan Siri Jelajah Dunia selepas ditunjukkan jalan keluar di separuh akhir Malaysia Masters pada Sabtu.
Pemain nombor 13 dunia Pearly-Thinaah, yang kali terakhir menjulang kejuaraan Terbuka Perancis pada Oktober 2022, mengalami kekalahan 16-21, 11-21 kepada pilihan keenam Lee Yu-lim-Shin Seung-chan dari Korea Selatan selepas bertarung selama 45 minit di Axiata Arena, Bukit Jalil.
Menanti Lee-Shin dalam perlawanan akhir pada Ahad ialah pilihan utama Rin Iwanaga-Kie Nakanishi dari Jepun, yang menewaskan Gabriela Stoeva-Stefani Stoeva dari Bulgaria 21-14, 21-16 dalam satu lagi separuh akhir.
Naib juara edisi lalu, Pearly-Thinaah yang telah menewaskan wakil Korea semasa pertemuan di Japan Masters tahun lalu, mengakui kepantasan lawan bertambah baik mengejutkan mereka dalam perlawanan tersebut.
“Secara fizikal semuanya baik, cuma dari segi strategi yang perlu kami usahakan.
“Pukulan mereka kuat menjadikan mereka sukar untuk dilawan dengan kedudukan yang bagus.
“Sebenarnya kami agak teruja untuk kembali ke gelanggang kerana sudah agak lama sejak Kejohanan Asia pada tahun awal April.
sumber:-SH
“Perkara positifnya ialah, kami mendapat lebih banyak komunikasi di gelanggang, kami berbincang sesama sendiri walaupun ada masalah.