sukan

Pearly-Thinaah jadi keluar BAM? Tunggu apa jua keputusan — Kenny Goh

Bakal bertukar angin sebagai gandingan profesional?

Ketika ini, desas-desus bertiup kencang apabila beregu wanita nombor satu negara, Pearly Tan-M. Thinaah, masih belum menandatangani kontrak baharu bersama Persatuan Badminton Malaysia (BAM), sekali gus mencetuskan spekulasi bergerak secara bebas.

Keputusan itu penting kerana beregu di kedudukan keempat dunia itu dijadualkan menyertai empat kejohanan berturut-turut bermula Terbuka Thailand pada 13 Mei, diikuti Masters Malaysia, Terbuka Singapura dan Terbuka Indonesia.

Setiausaha Agung BAM, Datuk Kenny Goh berkata, isu kontrak tersebut dijangka diselesaikan dalam masa terdekat.

“Buat masa ini, tunggu sahajalah apa jua keputusan mereka.

“Mungkin, mereka memerlukan lebih banyak masa.

Pearly Tan & M. Thinaah dijangka umum hala tuju kerjaya selewatnya hujung minggu depan.Masih belum tandatangan kontrak BAM, timbul spekulasi mungkin pilih bergerak bebas.

sumber:- stadium astro

“Sama ada mereka keluar atau tidak, yang penting Pearly-Thinaah komited dengan latihan di sini Akademi Badminton Malaysia (ABM) dan menonjolkan sikap positif,” katanya kepada wartawan Astro Arena, Zaki Zainal.