Pasukan kebangsaan Iran menjadi pasukan keenam layak ke Kejohanan Piala Dunia 2026 dan kedua dari Asia selepas Jepun.
Bagaimanapun, Iran berkemungkinan akan digantung daripada menyertai kejohanan edisi tahun depan itu susulan konflik peperangan dengan Israel dan tuan rumah Piala Dunia, Amerika Syarikat.
Berdasarkan situasi semasa, kemungkinan untuk Team Melli bermain di bumi Amerika Syarikat tampak amat tipis.
Sejarah menunjukkan Persekutuan Bolasepak Antarabangsa (FIFA) tidak teragak-agak untuk menggantung negara yang terbabit dalam konflik ketenteraaan dan peperangan.
sumber:- stadium astro
Russia sebelum ini pernah digantung selepas menyerang Ukraine, manakala Yugoslavia turut diharamkan daripada menyertai kejohanan pada awal 90an akibat penglibatannya dalam perang Bosnia.