sukan

Pemain Bodo/Glimt naik bas 30 saat ke stadium

BODO, Norway: Beberapa pemain Bodo/Glimt biasanya menikmati keseronokan berjalan kaki ke stadium sebelum perlawanan, namun apabila tiba aksi Liga Europa, mereka terpaksa berkumpul 220 meter dari gelanggang itu untuk menaiki bas.

Peraturan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) memerlukan kelab juara Norway itu melakukan perjalanan selama 30 saat dari pejabat pentadbir negeri sebelum melepasi padang latihan mereka untuk ke Stadium Aspmyra.

“UEFA mahukan kami tiba bersama, itulah sebabnya kami melakukan ini,” kata pengurus Truls Bjerke kepada penyiar Norway, NRK.

Beberapa pemain hanya tinggal beberapa meter dari stadium itu.

“Tidak mengapa. Kami diberitahu sebegitu, jadi kami tidak menghabiskan banyak tenaga. Kami akan parkir di sana, menaiki bas dan bersedia untuk mengharungi perlawanan,” kata pemain sayap Jens Petter Hauge.

sumber:-BH

Tidak ada peraturan mengenai pasukan meninggalkan stadium bersama selepas perlawanan jadi pemain masih boleh berjalan kaki pulang ke rumah masing-masing. – REUTERS