sukan

Pemain kelahiran Belanda buru impian Garuda

JAKARTA: Pasukan Indonesia di bawah pemerintahan kolonial Belanda belayar ke Perancis bagi Piala Dunia 1938 – mereka kalah satu-satunya perlawanan 6-0 dan negara itu tidak beraksi pada kejohanan berkenaan sejak itu.

Lebih 80 tahun berlalu, Indonesia yang gilakan bola sepak memasang impian untuk kembali, dengan ramai pemain kelahiran Belanda mengetuai cabaran mereka.

Indonesia bersaing pada pusingan ketiga kelayakan zon Asia ketika mereka cuba untuk melayakkan diri ke Piala Dunia 2026 di Amerika Syarikat, Mexico dan Kanada.

Skuad terkini termasuk 10 pemain kelahiran Belanda selepas pegawai bola sepak bersungguh-sungguh merekrut diaspora Indonesia dari bekas negara penjajahnya.

sumber:-BH

“Kami mempunyai pilihan untuk mencari pemain berkualiti,” kata ahli jawatankuasa Persatuan Bolasepak Seluruh Indonesia (PBSI), Arya Sinulingga.