sukan

Pemain Sri Pahang digesa usah terlalu menghormati JDT

KUANTAN: Pemain Sri Pahang FC diingatkan supaya tidak terlalu menghormati Johor Darul Ta’zim (JDT) pada aksi final Piala Malaysia di Stadium Nasional Bukit Jalil, 26 April depan.

Peringatan itu diberikan bekas ‘Orang Besi’ Tok Gajah, Suhaimi Mohd Nor yang yakin kejayaan mampu berpihak pada skuad Pantai Timur itu sekiranya pemain memiliki jiwa besar untuk menang di pentas akhir itu.

“Di atas kertas lawan memiliki kelebihan untuk memenangi perlawanan akhir itu, namun dalam sukan bola sepak apa-apa boleh berlaku tanpa disangka.

“Pemain Sri Pahang perlu melupakan seketika imej JDT selaku juara bertahan dan rekod cemerlang mereka, sebaliknya perlu fokus pada rentak permainan terbaik mengikut corak serta percaturan jurulatih, Fandi Ahmad,” katanya.

Beliau yang membawa cabaran Tok Gajah selama tujuh musim dari 1996 hingga 2003 menambah, dia yakin Sri Pahang mampu menyerlah di pentas akhir itu sekiranya barisan pemain memiliki kesungguhan yang tinggi untuk merampas piala berprestij itu.

sumber:-BH

Suhaimi yang kini bertugas di bahagian keselamatan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) kampus Kuantan berkata, sepanjang bergelar pemain Pahang dia berjaya memenangi Liga Super pada 1999 dan naib juara Piala Malaysia (1997).