sukan

Pemain warisan baru Harimau Malaya sudah mula belajar nyanyi lagu Negaraku

Pemain barisan baru Harimau Malaya, Gabriel Palmero, mencuri tumpuan penyokong bola sepak tempatan dalam perlawanan persahabatan antara Malaysia dan Cape Verde di Stadium Cheras, malam tadi.

Ini susulan pemain berusia 23 tahun itu sudah mula mengambil inisiatif sendiri untuk belajar menyanyikan dan memahami maksud disebalik Lagu Kebangsaan, Negaraku.

Dia melakukan debut pertama bersama skuad negara semalam selepas mendapat kepercayaan Peter Cklamovski untuk berada dalam kesebelasan utama.

Pemain berdarah warisan Gabriel Palmero dedah belajar lagu Nagaraku dari youtube.Cuba menyanyikan lagu kebangsaan dengan baik ketika laungan Negaraku berkumandang di Stadium Cheras

“Saya sudah lihat di Youtube, saya berlatih banyak kali untuk menyanyikannya.” katanya kepada wartawan Astro Arena, Fina Nasrom.

sumber:- stadium astro

Perlawanan persahabatan semalam berakhir dengan kedua-dua pasukan terikat 1-1 dengan jaringan tunggal Malaysia hadir menerusi Paulo Josue pada minit ke-7