sukan

Penang FC mengecam sekeras-kerasnya tindakan melampau

PENGERUSI Lembaga Penang FC, Daniel Gooi kecewa insiden menimpa dua pemain skuad bola sepak negara, Muhammad Akhyar Rashid pada 3 Mei lalu dan terbaharu Faisal Halim pemain kelahiran Pulau Pinang pada Ahad.

“Saya mengecam sekeras-kerasnya ke atas tindakan yang melampau ini ke atas pemain-pemain bola sepak profesional, khasnya mereka yang menjadi mangsa serangan adalah pemain kebangsaan yang menyarung jersi Harimau Malaya.

“Pulau Pinang menyatakan solidariti bersama pemain-pemain ini dan diharapkan mereka dapat menerima rawatan yang sewajarnya dan akan pulih sembuh dalam masa terdekat.

“Adalah diharapkan polis dapat mengambil tindakan segera dalam penyiasatan kes-kes ini dan turut memastikan keselamatan pemain bola sepak profesional turut terjamin,” katanya yang juga Exco Belia, Sukan dan Kesihatan Negeri Pulau Pinang.

Faisal yang juga pemain Selangor FC dilaporkan telah disimbah asid dalam kejadian di sebuah pusat beli belah di Damansara pada Ahad.

sumber:-SH

Dia juga dilaporkan telah dibawa ke hospital swasta untuk mendapatkan rawatan.

Pada Khamis lalu, Akhyar disamun pada di hadapan sebuah kondominium di Kuala Terengganu.