sukan

Pengadil final malam ini cetus kemarahan

Apa dah jadi dengan sistem pengadilan bola sepak Malaysia?

Pengadil aksi final Piala Malaysia 2024/2025 babitkan Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Sri Pahang FC, Razlan Joffri Ali di Stadium Nasional Bukit Jalil (SNBJ) malam tadi nyata mengundang rasa marah peminat bola sepak tempatan.

Layangan dua kad kuning pada separuh masa pertama ke atas pemain Tok Gajah, Sergio Aguero nyata menimbulkan keraguan.

Malah kedudukan Sri Pahang yang sedang mendahului JDT dengan 1-0 dilihat seolah memberi ‘tekanan’ kepada Razlan yang kerap mencari kesalahan anak buah Fandi Ahmad biarpun ia hanyalah terjahan-terjahan ringan.

Pengamal media juga turut hairan, dua kekasaran ketua pasukan JDT, Natxo Insa sebaliknya tidak diberikan apa-apa kad amaran sekali gus mempersoalkan mutu pengadilan oleh Razlan.

Bagaimanapun dengan segala kelebihan yang dimiliki skuad Harimau Selatan ketika ini, ia perlu dimanfaatkan oleh 11 pemain JDT dalam baki aksi ketika ini.

Gol pertama Sri Pahang diraih menerusi jaringan T Saravanan di minit ke-14.

sumber:- HM

Untuk rekod, Razlan pernah dijatuhkan hukuman oleh Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) pada tahun lalu apabila direhatkan pada aksi Liga Super antara JDT dan Perak.