KUALA LUMPUR – Kementerian Belia dan Sukan (KBS) bersedia melantik badan pengawal untuk melaksanakan audit akaun penganjuran Sukan Komanwel 2026 sekiranya kerajaan mengambil keputusan untuk menganjurkan temasya sukan itu.
Menteri Belia dan Sukan, Hannah Yeoh berkata, keputusan itu diambil setelah mengambil kira semua maklum balas daripada pelbagai pihak termasuk tokoh-tokoh sukan.
“Paling utama KBS mahu memastikan tata kelola yang betul dipatuhi, pengurusan kewangan yang telus, segala kos serta belanja direkodkan dengan teratur supaya akaun penganjuran boleh ditutup dengan pantas dan baik.
Beliau berkata demikian sebagai menjawab pertanyaan Afnan Hamimi Taib Azamudden (PN-Alor Setar) mengenai keputusan kerajaan terhadap tawaran Persekutuan Sukan Komanwel (CGF).
Sebelum ini media melaporkan, badan persekutuan sukan itu menawarkan Malaysia untuk menjadi tuan rumah bagi Sukan Komanwel 2026 selepas Victoria, Australia menarik diri ekoran peningkatan kos penganjuran daripada $AU2.6 bilion (RM8.09 bilion) kepada $AU7 bilion (RM21.78 bilion).
Dalam pada itu Hannah memaklumkan, setakat ini kerajaan masih belum mengambil sebarang keputusan dalam isu tawaran penganjuran temasya sukan tersebut.
sumber:-BH
Bagaimanapun beliau menjelaskan, perkara itu akan diteliti dan dibincangkan dalam Mesyuarat Kabinet yang dijadualkan pada Jumaat ini.