sukan

Perak pilih tukar stadium bertemu JDT

KUALA LUMPUR: Selepas dua kali tertangguh, aksi antara Perak FC menentang Johor Darul Ta’zim (JDT) akan berlangsung di Stadium Sultan Ibrahim (SSI) pada 10 November 2024.

Perkembangan itu diumumkan Liga Bolasepak Malaysia (MFL) menerusi satu kenyataan mengenai perubahan venue yang sebelum ini berlangsung di Stadium Perak.

“MFL sebelum ini telah meminta Perak FC untuk menamakan venue alternatif berikutan risiko keselamatan bagi perlawanan berprofil tinggi ini selain untuk mengelakkan sebarang insiden tidak diingini yang mungkin akan menangguhkan lagi jadual Liga Super bagi separuh musim ini yang masih belum lengkap.

“Sebagai maklum balas kepada permintaan MFL itu, Perak FC telah menamakan SSI sebagai gelanggang mereka untuk perlawanan tertunda terbabit,” kata MFL.

Terdahulu, dua pertemuan Perak FC dengan JDT pada 17 Ogos 2024 dan 5 Oktober 2024 terpaksa ditangguhkan akibat hujan lebat sekali gus menyaksikan perlawanan terakhir di stadium itu yang diharapkan menjadi kenangan indah kepada penyokong khususnya tuan rumah bertukar mendukacitakan.

Keputusan yang dibuat kali ini adalah untuk memastikan undian Piala Malaysia 2024/25 pada 11 November 2024 dapat berjalan seperti yang dirancang.

sumber:-BH

Ketika ini, skuad Harimau Selatan unggul di persada liga tanpa sebarang kekalahan dengan 37 mata sementara Perak FC di tangga ketujuh dengan 17 mata.