KUALA LUMPUR: Kemelut tunggakan gaji dalam saingan Liga Malaysia (Liga M) terus membarah apabila Perak FC mengesahkan sedang berdepan isu terbabit.
Perkara itu diakui Pengerusi Perak FC, Datuk Seri Azim Zabidi yang menjelaskan pihaknya sedang berusaha menyelesaikan tunggakan gaji pasukan berkenaan.
Katanya, pengurusan skuad The Bos Gaurus tetap akan menyelesaikan tunggakan dengan pihaknya sedang menunggu sumbangan pihak tertentu.
“InsyaAllah kami akan membuat bayaran cuma sedang menunggu sumbangan daripada pihak-pihak tertentu.
“Tetapi belum menerima sebarang maklum balas. Meskipun kami sudah menghubungi setiap hari untuk memberikan peringatan,” katanya yang mencari formula terbaik bagi menyelesaikan isu itu.
Sebelum ini, dikhabarkan Perak FC menjadi pasukan terbaharu yang berdepan isu tunggakan gaji selepas Kedah Darul Aman FC (KDA FC), Kelantan Darul Naim FC (KDN FC), Kuala Lumpur City FC (KL City) dan Sri Pahang FC.
Begitupun, tunggakan pemain dan pegawai Sri Pahang FC sudah berjaya diselesaikan manakala masalah gaji babitkan KL City FC adalah isu tunggakan pengurusan lama dan bukan di bawah kepimpinan baharu.
sumber:- BH
Difahamkan, gaji pemain Perak FC sangkut selama lima bulan setengah dengan pembayaran kali terakhir diterima hujung tahun lalu.