sukan

Permainan Harimau Malaya ‘hancur’

PERMAINAN kurang memuaskan ditampilkan skuad kebangsaan dalam aksi persahabatan Tier 1 menentang New Zealand di Stadium North Harbour, Auckland, New Zealand pada Isnin.

Selepas 45 minit permainan berlangsung, kedua-dua pasukan hanya terikat tanpa jaringan dengan Harimau Malaya lebih kerap bertahan ketika berdepan pasukan di kedudukan ke-95 dunia itu.

Persembahan itu membuatkan penyokong berasa sedikit berang kerana tiada perubahan dapat disaksikan meskipun masa dan jutaan wang ringgit sudah dilaburkan demi arena bola sepak tanah air.

sumber:- Majoriti

“Harimau Malaya boleh kawal boleh tidak lebih daripada tiga saat, Arif Aiman (Hanapi) pun seperti tiada mood nak bermain,” kata Shafziran Abu Bakar.