sukan

Piala ASEAN FIFA: Reaksi Jurulatih Indonesia sebelum aksi berdepan Malaysia

Jurulatih Indonesia, John Herdman, mahukan anak buahnya fokus dan mengawal emosi dengan baik selain mengambil kesempatan beraksi di laman sendiri di hadapan penyokong yang akan memenuhi Stadium Geloran Bung Karno, malam ini.

Jurulatih berusia 51 tahun itu optimis anak buahnya sudah biasa dengan kejohanan-kejohanan besar untuk memberikan saingan sengit menjelang aksi kedua perlawanan peringkat Kumpulan A, Piala ASEAN FIFA 2026 bertemu Malaysia yang juga merupakan ‘Derbi Nusantara’.

“Beradaptasi dengan lawan di dalam perlawanan. Dan secara emosional, rasakan tenaga di dalam stadium, bawa emosi itu biar Malaysia tahu bahawa ini adalah rumah kita.

“Saya berasakan pemain kami sudah kerap berada dalam kejohanan-kejohanan besar, banyak daripada mereka berpengalaman.

“Ketika mereka rasakan atmosfera stadium, saya rasa gugup itu ada tetapi ia adalah perasaan yang positif.” kongsinya.