sukan

Piala Dunia Kelab: Kim Pan-gon ucap selamat tinggal selepas kekalahan ketiga berturut-turut

ULSAN HD FC telah menamatkan perjalanan Piala Dunia Kelab FIFA mereka dengan kekalahan ketiga berturut-turut, yang terbaru tumbang kepada Borussia Dortmund.

Ulsan HD, juara bertahan Liga K1 tiga kali, tewas tipis 0-1 kepada kelab Jerman itu dalam perlawanan terakhir Kumpulan F mereka di Stadium TQL di Cincinnati, Ohio.

Nasib Ulsan HD telah pun ditentukan sebelum perlawanan ini, berikutan kekalahan 1-0 kepada Mamelodi Sundowns FC dan kekalahan 4-2 kepada Fluminense FC. Dortmund, selepas seri tanpa jaringan menentang Fluminense dan kemenangan 4-3 ke atas Sundowns, belum lagi mendapat tempat kalah mati sebelum perlawanan ini.

Dortmund membuka jaringan pada minit ke-36, gerakan Jobe Bellingham berjaya mencari Daniel Svensson untuk menampan masuk bola ke gawang sekaligus menjadikan gol kemenangan buat pasukan.

sumber:- stadium astro

Ulsan menamatkan perlawanan dengan tiga percubaan berbanding 28 percubaan Dortmund.