Johor Darul Ta’zim melakar kemenangan selepas menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) dengan jaringan 2-1 dalam perlawanan separuh akhir pertama saingan Piala FA di Stadium Darulaman, sebentar tadi.
JDT mendahului pasukan tuan rumah 1-0 dalam separuh masa pertama hasil jaringan Oscar Arribas pada minit ke-24 selepas menerima hantaran cantik daripada Heberty Fernandes untuk meletakkan JDT dihadapan.
Separuh masa kedua menyaksikan JDT lebih agresif mengasak kubu pertahanan Sang Kenari tetapi Kalamullah Al-Hafiz berjaya menyelamatkan gawang daripada bolos dengan jaringan besar.
Begitupun, anak buah Nafuzi Zain berjaya memecahkan kebuntian jaringan melalui tandukan Habib Haroon pada minit ke-87 perlawanan untuk menyamakan kedudukan 1-1.
sumber:-SA
Romel Morales muncul wira Harimau Selatan selepas menolak masuk bola dalam waktu kecederaan untuk memastikan JDT berkelebihan dengan satu jaringan dalam perlawanan separuh akhir kedua di Stadium Sultan Ibrahim nanti.