SKUAD muda negara terpaksa akur tewas 1-3 kepada Jepun dalam Kejohanan Hoki Piala Remaja Asia (Lelaki) B-18 di China, sebentar tadi.
Dalam perlawanan terakhir Pool B itu menyaksikan wakil negara membuka tirai jaringan terlebih dahulu menerusi Safwan Salihe pada minit ke-11 menerusi pukulan sudut penalti sebelum Hiroki Toda menyamakan kedudukan selang dua minit kemudian.
Masuk babak kedua, Hiroki Toda sekali lagi membuktikan ketajamannya sebagai penyerang selepas menggandakan jaringan menjadi 2-1 turut menerusi pukulan sudut penalti.
Fujiwara Yuma melengkapkan kemenangan 3-1 Jepun mengatasi skuad negara dibawah kendalian Mohd Sufian Mohamad.
Young Tigers kini mengumpul sembilan mata selepas menewaskan Kazakhstan, Indonesia dan Taiwan.
sumber:- stadium astro
Wakil negara akan menamatkan kempen terakhir saingan peringkat kumpulan berdepan Uzbekistan dengan misi mara ke separuh akhir pada Rabu nanti.