sukan

Punca sebenar aksi Sri Pahang-JDT dipindahkan ke SSI

KUANTAN: Faktor cuaca tidak menentu dan kemungkinan berlaku limpahan paras air Sungai Pahang menyebabkan aksi Liga Super antara Sri Pahang FC berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dipindah ke Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri, Selasa ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Kelab Bolasepak Sri Pahang (SPFC), Datuk Mohammed Suffian Awang berkata, keputusan itu dibuat selepas mengambil kira ramalan Jabatan Meteorologi Malaysia (METMalaysia) dan Jabatan Pengairan dan Saliran (PJS).

“Oleh itu SPFC memutuskan memilih Stadium Sultan Ibrahim dengan Sri Pahang bertindak sebagai tuan rumah.

“Sebenarnya, hujan dan paras air Sungai Pahang yang dijangka meningkat menyebabkan aksi di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh dipindah ke Iskandar Puteri.

“Pada masa sama, Stadium Temerloh juga terletak berhampiran Sungai Pahang dan beberapa daerah di Pahang juga dilanda banjir,” katanya.

Mohammed Suffian berkata, kelab itu juga tidak mahu aksi tertangguh seperti pertemuan dengan Kuching City pada 2 November lalu, disebabkan hujan lebat dan air bertakung di atas padang.

sumber:-BH

Pada masa sama, katanya, kelab juga mengambil kira ramalan cuaca menjelang aksi suku akhir kedua Piala Malaysia di Temerloh pada 22 Disember ini.