sukan

Puteri kedua Nazmi Faiz meninggal dunia

KUALA LUMPUR: Tonggak tengah Johor Darul Ta’zim (JDT), Nazmi Faiz Mansor berkongsi berita duka mengenai pemergian anak perempuannya yang meninggal dunia pagi tadi.

Difahamkan anak kedua pemain terbabit, Maira Maliyqa meninggal dunia pada jam 10.55 pagi.

“Innalillahi wa inna Ilaihi Raji’un…10.55 pagi, baby Maira Maliyqa Muhammad Nazmi Faiz, puteri kedua kami telah kembali ke rahmatullah.

“Mohon sedekah Al-Fatihah buat puteri kami Maira Maliyqa,” tulisnya di InstaStory.

Setakat ini, punca kematian anak keduanya itu belum didedahkan.

Berita itu juga mengundang simpati dan sokongan yang melimpah buat keluarga Nazmi dalam tempoh sukar ini.

sumber:-BH

Malah, rakan sepasukan Nazmi di JDT dan pemain profesional Liga Malaysia turut menzahirkan ucapan takziah dan doa buat arwah.