SABAH FC hari ini mengumumkan pemain penyerang import Ramon Machado akan menamatkan kontrak bersama pasukan bola sepak itu.
Pengarah berkenaan, Md Joh Wid berkata, kelab dan seluruh warga Sabah FC mengucapkan jutaan terima kasih kepada pemain dari Brazil itu atas sumbangan beliau terhadap pasukan berkenaan.
“Dengan berat hati secara rasminya saya memaklumkan bahawa pemain penyerang Ramon Machado akan menamatkan kontrak bersama Sabah FC,” katanya dalam kenyataan di sini pada Jumaat.
sumber:-SH
Sejak penampilan pertama, Md Joh berkata, Ramon berjaya menambat hati penyokong The Rhinos menerusi jaringan-jaringan cantik serta ‘assist’ (bantuan) beliau, dan sudah pasti gerakan pantas serta kelincahannya di padang, terutama di gelanggang keramat Stadium Likas akan dirindui.