PEMAIN tengah Buriram United, Peter Zulj, mengungkapkan bahawa Selangor hanya bernasib baik dapat membawa pulang satu mata meskipun menerima asakan bertubi-tubi daripada tuan rumah dalam perlawanan pertama Kumpulan A, Kejohanan Kelab ASEAN (ACC) Shopee Cup, semalam.
Jaguh Liga Juara-Juara Asia Elit (ACLE) itu tersentak selepas rembatan Chrigor Moraes menembusi gawang Thunder Castle untuk meletakkan Gergasi Merah di hadapan pada separuh masa pertama.
Penguasaan sebanyak 66 peratus oleh juara bertahan itu akhirnya membuahkan hasil apabila ledakan pemain import dari Austria berjaya menewaskan penjaga gol Harimau Malaya, Kalamullah Al-Hafiz Mat Rowi, pada minit akhir permainan.
Skuad kendalian Katsuhito Kinoshi harus berterima kasih kepada bekas tonggak utama Kedah itu yang bertindak cemerlang menyelamatkan beberapa percubaan berbahaya Buriram untuk mengelak daripada kekalahan berlaku.
Zulj ketika ditanya selepas tamat aksi menegaskan pasukannya lebih layak memiliki tiga mata penuh selepas menampilkan persembahan bertenaga, namun hanya nasib memisahkan harapan tersebut.
“Saya fikir kami mengalami sedikit masalah pada separuh masa pertama.
“Memasuki babak kedua, baru kami menunjukkan kualiti sebenar.
sumber:- stadium astro
“Walaupun berjaya menyamakan kedudukan, tapi kami lebih layak menang,” katanya.