Wakil negara, Elias ‘EZ’ Ghazali tetap berpuas hati dengan persembahan dipamerkannya pada kejohanan Fury Redemption meskipun gagal menunaikan misi menewaskan lawan dari Indonesia, Fahri ‘Machete’ secara knockout (KO), lewat malam tadi.
Pada perlawanan utama flyweight muay thai yang berlangsung di Arena Sukan Kuala Lumpur, pertarungan sengit itu berlanjutan hingga tiga pusingan penuh sebelum Elias dinobatkan sebagai pemenang menerusi keputusan sebulat suara juri (unanimous decision).
Elias, yang juga abang kepada bintang muay thai sensasi negara, Muhammad Johan Ghazali Zulfikar, mengakui kemenangan berkenaan sudah memadai buatnya, apatah lagi Fahri disifatkan sebagai petarung yang sukar ditumbangkan.
“Saya gembira dapat menang dengan keputusan ‘unanimous decision’. Perancangan menjadi, cuma untuk dapatkan KO itu tidak kesampaian.
“Saya sudah cuba menggunakan siku dan pelbagai teknik, tetapi dia masih mampu bertahan. Saya juga bangga dengan keupayaan pihak lawan yang bagi saya sangat kuat dari segi fizikal dan mental,” katanya ketika ditemui selepas perlawanan.
Sementara itu, Fahri mengakui Elias bukan lawan mudah dan mengakui turut memasang hasrat untuk menamatkan pertarungan menerusi KO, namun terpaksa akur dengan keputusan perlawanan.
“Saya sangat gembira dapat bertarung dengannya. Saya sudah berikan yang terbaik, mungkin bukan rezeki saya kali ini, tetapi saya terima keputusan.
“Pada pusingan pertama dan kedua, saya rasa saya lebih dominan. Pusingan ketiga agak seimbang. Saya cuba untuk KO, tetapi dia sangat keras. Jadi saya bertarung dengan lebih berhati-hati dan cuba mengumpul mata,” katanya.
Fahri turut memuji ketahanan dan mentaliti Elias, selain menegaskan kekuatan mental menjadi elemen terpenting dalam sukan tempur.
“Tahun ini saya sudah bertanding enam kali dan belum pernah menang melalui KO. Dalam pertarungan, mentaliti adalah nombor satu. Kalau mental tidak kuat, sehebat mana pun teknik atau fizikal, semuanya boleh musnah,” katanya yang masih belum pernah tewas secara KO sepanjang kariernya.
Keputusan
International Flyweight bout Muay Thai
Elias ‘EZ’ Ghazali (Malaysia) kalahkan Fahri ‘Machete’ (Indonesia)
International Flyweight bout Muay Thai
Riedzwan ‘Golden Shin’ (Malaysia) kalahkan Alan Nasser (Iran)
International Super Featherweight bout boxing
Eman ‘Nahak’ (Indoensia) kalahkan Sheikh ‘Paskau’ (Malaysia)
International Featherweight bout boxing
Khairul ‘King Azim’ (Malaysia) kalahkan Usman ‘Kaimano’ (Indonesia)
International Flyweight bout Muay Thai
Danial ‘Kereta Kebal’ (Malaysia) kalahkan Jimmy Stiff ‘The Madidir Boy’ (Indonesia)
International Lightweight bout boxing
Abozar ‘The Molotok’ (Afghanistan) kalahkan Johan ‘Mja’ Abozar (Malaysia)
Strawweight bout Muay Thai
Saiful ‘Wan Saiful’ (Malaysia) kalahkan Aminuddin ‘Tawanmin’ (Malaysia)
Lightweight bout Muay Thai
Alif Muhaimin ‘Alipblastoff’ (Malaysia) kalahkan Muhammad Arif ‘Adam Lee’ (Malaysia)
International strawweight bout Muay Thai
Bimo ‘Baby Legion’ (Indonesia) kalahkan Hasbullah ‘Garagas’ (Malaysia)
International Super Welterweigfht out boxing
Mohd Aswan Azmi (Malaysia) kalahan Kazeem (Nigeria)
Atomweight bout Muay Thai
Awangku ‘Aman Koboi’ (Malaysia) kalahkan Azim ‘Respect Fighters’ (Malaysia)