sukan

Reaksi ketua jurulatih Indonesia selepas kekalahan memalukan kepada Jepun

Ketua jurulatih Indonesia, Patrick Kluivert, meluahkan kekecewaannya selepas tewas 0-6 kepada Jepun dalam perlawanan peringkat kumpulan C, Kelayakan Piala Dunia 2026 di Stadium Suita City, semalam.

Keputusan itu menyaksikan Indonesia kekal di kedudukan keempat dalam saingan peringkat kumpulan dengan 12 mata selepas 10 perlawanan.

“Saya kecewa dengan keputusan ini, juga untuk Indonesia. Tetapi kita perlu belajar daripada situasi ini. Ini momen untuk belajar sebagai individu, jurulatih dan pasukan.

“Kami bersedia untuk pusingan seterusnya, dan pasukan lawan nanti.” katanya.

sumber:- stadium astro

Begitupun, Skuad Garuda merupakan satu-satunya pasukan dari Asia Tenggara yang mencatatkan tiga kemenangan dalam saingan pusingan ketiga Kelayakan Piala Dunia dan akan menjadi pasukan pertama rantau itu untuk mara ke pusingan keempat nanti.