KUCHING: Kuching City mengejutkan naib juara Liga Super 2023, Selangor dengan kemenangan 2-1 pada aksi suku akhir pertama Piala FA di Stadium Bandaraya, Kuching sebentar tadi.
Selangor kendalian Nidzam Jamil bermula baik apabila membuka jaringan menerusi Roni Fernandez yang menewaskan penjaga gol Kuching City, Shahril Saari.
Bagaimanapun tuan rumah bangkit menyamakan kedudukan sebelum rehat menerusi pertahanannya, James Okwuosa.
Bersambung di babak kedua, anak buah Aidil Sharin Sahak semakin bersemangat dan berjaya mendahului permainan menerusi bekas pemain Terengganu, Jordan Mintah.