KUALA TERENGGANU: Kem Terengganu FC (TFC) ‘hilang’ seorang lagi pemain selepas Argzim Redzovic disahkan mengalami kecederaan lutut serius sekali gus memaksanya berehat panjang.
Terdahulu naib juara Piala Malaysia musim 2023 itu terpaksa melupakan khidmat tiga pemainnya iaitu penyerang import, Ivan Mamut, penjaga gol, Suhaimi Husin dan pertahanan, Muhammad Alif Zakaria kerana kecederaan panjang.
Berita duka itu dimaklumkan ketua jurulatihnya, Badrul Afzan Razali yang menyatakan pemain import kelahiran Montenegro itu terpaksa melupakan baiki saingan Liga Malaysia (Liga M) musim ini selepas disahkan mengalami kecederaan di ‘anterior cruciate ligament’ (ACL).
“Sebelum ini pemain itu (Redzovic) mengalami kecederaan di bahagian lutut kanannya ketika berdepan Johor Darul Ta’zim (JDT) dalam saingan Liga Super pada bulan lalu.
“Bagaimanapun hasil pemeriksaan lanjut pegawai perubatan, pemain itu disahkan ACL sekali gus terpaksa berehat panjang sehingga tamat saingan Liga M musim ini.
“Ketiadaan Redzovic sudah pasti memberikan tamparan buat barisan pertahanan yang kini dibarisi sepenuhnya pemain pertahanan,” katanya ketika ditemui di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak.
Dalam pada itu Redzovic akui begitu terkilan kerana tidak dapat membantu pasukannya sehingga berakhirnya saingan liga musim ini.
“Berikutan kecederaan lutut kanan ini, saya jangka terpaksa berehat antara lima hingga enam bulan iaitu sehingga Ogos sebelum dapat kembali memperkuatkan pasukan.
sumber:-BH
“Saya mengharapkan peminat dapat mendoakan supaya kecederaan yang dialami cepat sembuh,” katanya.