REXONA mengukuhkan lagi jenamanya di peringkat antarabangsa apabila diumumkan sebagai Penaja Rasmi Deodoran bagi FIFA World Cup 2026™, sekali gus menyatukan kejohanan bola sepak terbesar dunia dengan semangat rakyat Malaysia yang terkenal sebagai penyokong tegar sukan tersebut.
Ketua Pemasaran Unilever-Penjagaan Kulit & Deodoran MYSG, Sherlyn Heng berkata, penajaan tersebut bukan sahaja membawa nama Malaysia ke pentas global, malah mencerminkan komitmen Rexona dalam meraikan budaya bola sepak tempatan.
Menurutnya, bola sepak bukan sekadar hiburan, tetapi merupakan medium yang menyatukan rakyat tanpa mengira latar belakang.
“Untuk meraikan detik bersejarah ini, Rexona memperkenalkan Rexona Ice Cool Spray Edisi Terhad FIFA World Cup 2026™, dengan formulasi yang sama seperti pek Ice Cool asal.
“Ia memberi perlindungan sehingga 72 jam daripada peluh dan bau badan, disertai sensasi sejuk untuk kesegaran berpanjangan.
“Dengan teknologi anti-noda, Rexona memastikan pengguna kekal yakin sama ada beraksi di padang, bersorak di stadium atau menikmati suasana di kedai mamak kegemaran,” katanya dalam kenyataan baru-baru ini.
Sherlyn menambah, melalui kerjasama dengan FIFA, Rexona bukan sahaja tampil sebagai produk penjagaan diri, malah sebagai penyokong kepada semangat luar biasa peminat bola sepak tanah air.
“Apabila emosi memuncak dan debaran perlawanan semakin terasa, Rexona menyerlahkan erti sebenar untuk kekal tenang dan yakin pada detik paling bermakna.
“Kami berbangga meraikan semangat itu bersama peminat dan membawa pengalaman FIFA World Cup 2026™ lebih dekat ke tanah air,” katanya.
Bagi menyemarakkan lagi kempen, Rexona turut menawarkan peluang kepada peminat untuk memenangi pengalaman eksklusif bernilai RM50,000 bagi dua orang ke Amerika Syarikat untuk menyaksikan FIFA World Cup 2026™ secara langsung dari 11 Jun hingga 19 Julai 2026.
Penyertaan dibuka kepada mereka yang membeli mana-mana produk Rexona di kedai yang mengambil bahagian di seluruh negara.
Sehubungan itu, Sherlyn berkata, sebagai salah satu jenama deodoran terkemuka dunia, Rexona komited untuk membantu orang ramai bergerak dengan penuh keyakinan.
“Melalui penajaan FIFA World Cup 2026™, kami bukan sahaja menjadi sebahagian daripada dunia bola sepak global, malah membuka peluang untuk rakyat Malaysia merasai kemeriahan sukan yang mereka cintai di pentas paling berprestij,” ujarnya.