PENOLONG jurulatih Kelantan Darul Naim (KDN) FC, Rezal Zambery Yahya mengakui kelemahan benteng pertahanan antara masalah utama pasukannya.
KDN FC tewas 4-1 ketika bertandang ke Stadium Likas, menentang Sabah FC, malam tadi.
Katanya, pemain mampu menghasilkan jaringan menerusi strategi serangan yang baik, namun berdepan kesukaran menghalang serangan balas akibat kelemahan di bahagian benteng pertahanan.
Kita perlu baiki benteng, KDN mampu menjaringkan gol tetapi pertahanan kita bocor, itu antara faktor kekalahan KDN yang kita perlu baiki.
Jadi, kita akan fokus kepada pertahanan kita, itu yang kita nampak sekarang. Kita guna masa perlawanan FIFA ini untuk baiki pertahanan.
‘Kita mahu cuba kombinasi baharu pemain yang boleh menggalas tanggungjawab pertahanan pasukan nanti,’ kata Rezal.
Aksi malam tadi menyaksikan KDN dapat menyamakan kedudukan 1-1 pada minit ke-26 menerusi jaringan Mohd Fazrul Amir Md Zaman, namun dapat dikejar semula pasukan Sabah dengan menambah tiga lagi jaringan.
Rezal berkata, anak buahnya cuba merapatkan jurang pada babak kedua permainan dengan banyak keluar kawasan untuk melakukan serangan, namun sering kehilangan bola.
Kalau kita lihat begitu mudah Sabah menjaringkan gol, jaringan mudah hasil hantaran bola tinggi.
sumber:- BH
Pemilihan pemain juga memainkan peranan dan kelebihan buat Sabah. Mereka ada ramai pemain tinggi, kita hanya ada seorang dan kita dihukum dengan faktor sebegitu, katanya.